fb fb fb fb fb

Situasi COVID-19 di Malaysia adalah terkawal

(Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali bergambar kenangan bersama peserta Majlis Perbincangan Meja Bulat, Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah
di Dewan Sebarau Bukit Merah Laketown Resort, Semanggol, Perak)

BUKIT MERAH, 13 September- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengingatkan masyarakat bahawa negara masih berada dalam fasa peralihan ke endemik.

Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, keputusan untuk mengisytiharkan wabak COVID-19 sebagai endemik ditentukan oleh beberapa kriteria antaranya pengumuman oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Jelasnya, situasi COVID-19 dalam negara ketika ini berada dalam keadaan terkawal disebabkan beberapa faktor antaranya penurunan kes harian, kadar vaksinasi yang tinggi dalam kalangan rakyat serta pengurangan kadar kemasukan ke hospital dan ICU.

Tambahnya, masyarakat disaran untuk terus memakai pelitup muka ketika berada di tempat sesak serta mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang lain.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Perbincangan Meja Bulat, Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah di Dewan Sebarau Bukit Merah Laketown Resort, Semanggol, Perak.


(Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berucap pada Majlis Perbincangan Meja Bulat, Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah)

Media Baharu