fb fb fb fb fb

Situasi banjir di Tatau tidak berubah

FOTO APM TATAU

KUCHING, 27 Januari- Situasi banjir di daerah Tatau, Sarawak pagi ini belum menunjukkan sebarang perubahan.

Pusat pemindahan sementara (PPS) Rumah Steven dilaporkan masih menempatkan 34 penduduk terjejas daripada 13 keluarga.

Sekretariat Jawatankuasa Bencana Sarawak memaklumkan tiga kawasan di terdiri Kampung Dagang Tatau, Kampung Baru Tatau dan Wharf Pasar Baru adalah antara 14 lokasi yang mencatatkan trend peningkatan paras air.

Sebanyak tujuh lokasi di daerah Sebauh dan empat di Kuching turut mencatatkan peningkatan paras air

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran dalam laman webnya melaporkan enam stesen pemantauan di Sarawak mencatatkan paras air melebihi status bahaya setakat 9 pagi.

Enam stesen itu ialah dua di Bintulu dan masing-masing satu di Kapit, Miri, Sibu dan Limbang.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE