KUALA LUMPUR, 27 Januari- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) perkenal SARANA, skim pembiayaan alternatif ditawarkan melalui sembilan pengendali platform pembiayaan rakan setara (P2P).
Skim bawah sistem e-perolehan kerajaan itu bertujuan membantu keperluan modal kerja Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana serta kontraktor kecil yang terlibat dalam kontrak kerajaan.
SARANA menawarkan dua pilihan pembiayaan utama.
Pembiayaan invois akan menyokong aliran tunai selepas projek disiapkan.
Manakala, pembiayaan awal untuk pelaksanaan kontrak akan menyokong keperluan modal kerja awal sebelum projek dijalankan.
Inisiatif itu seiring Pelan Lima Tahun SC, yang berhasrat memudahkan akses kepada pasaran modal.
Pengendali platform P2P memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan pembiayaan syarikat tempatan, sejak rangka kawalselia berkaitannya diperkenal pada 2016.
Setakat 30 September 2024, pembiayaan P2P berjaya mengumpulkan dana berjumlah RM7.9 bilion.