fb fb fb fb fb

Situasi banjir di Mersing tidak berubah

FOTO APM

MERSING, 27 Disember- Perkembangan banjir di Mersing Johor dilaporkan masih sama dan tiada perubahan iaitu seramai 83 orang daripada 25 buah keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kompleks Taman Negara Endau Rompin.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Mersing, Mohammed Shakib Ali berkata sehingga kini hanya sebuah kawasan telah terjejas iaitu Kampung Orang Asli Peta yang menyebabkan jalan masuk ke kampung berkenaan terputus.

Angkatan Pertahanan Awam (APM) Mersing juga giat melakukan pemantauan di kawasan berisiko banjir bermula 8.30 malam tadi.

Kawasan terlibat adalah Perkampungan Pulau Tenglu, Kampung Air Papan dan Kampung Sermin.

Menerusi kenyataan Jabatan Pengairan dan Saliran Johor, Sungai Sayong di Kulai telah melepasi paras bahaya dengan bacaan 18.25 meter manakala Sungai Lenik di Segamat dengan bacaan amaran 5.62 meter.

Dua sungai di Simpang Kanan Batu Pahat dan Sungai Skudai, Johor mencatatkan paras air waspada dengan bacaan 1.68 meter serta 0.02 meter.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE