fb fb fb fb fb

Empat PPS di Raub ditutup sepenuhnya

Foto Fail

RAUB, 27 Disember- Empat buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Raub ditutup sepenuhnya pukul 8 pagi tadi, apabila banjir di daerah itu surut sepenuhnya.

Kesemua 273 penduduk terjejas dalam mukim Dong telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Pegawai APM Raub, Kapten (PA) Samasuddin Kambade memaklumkan, PPS ditutup melibatkan Surau Kampung Peruas; Balairaya Pamah Kulat; Pertanian Pamah Rawas dan Balairaya Pamah Rawas.

Kesemua penduduk terjejas telah dibenarkan pulang selepas keadaan kembali selamat.

ZEHRA BINTI ZAMBRI