fb fb fb fb fb

Situasi banjir di Kelantan semakin buruk

KOTA BHARU, 26 Februari- Situasi banjir di Kelantan semakin meningkat apabila 28 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka membabitkan empat daerah negeri itu.

Berbanding tengah hari tadi, jumlah penduduk terjejas banjir yang dipindahkan setakat pukul 4 petang tadi mencecah 2,011 orang daripada 616 Keluarga.

Menurut portal info banjir JKM, 9 PPS dibuka di daerah Kuala Krai melibatkan 413 penduduk terjejas banjir daripada 121 keluarga.

Daerah Pasir mas mencatat 869 penduduk terjejas banjir daripada 298 keluarga manakala di Tanah Merah mencatat 307 penduduk terjejas banjir daripada 86 keluarga.

Di Jeli pula, empat PPS dibuka membabitkan 422 penduduk terjejas banjir daripada 111 keluarga.

Sementara itu, public info banjir JPS melaporkan, lima sungai utama mencatatkan bacaan air sungai melebihi paras bahaya iaitu :Sungai Lebir di kampung Tualang di Kuala Krai. ;Sungai kg temangan machang.; Sungai rantau panjang pasir mas dan Sungai lanas di air lanas Jeli.

Satu sungai direkodkan melepasi paras amaran ialah :Sungai Kelantan di Kusial Tanah merah.

Media Baharu