fb fb fb fb fb

Siti Hajar Lydia dicari polis, bantu siasatan kes dadah

(Siti Hajar Lydia Osman dicari polis)

SUNGAI PETANI, 21 Jun- Seorang wanita dikenali sebagai Siti Hajar Lydia Osman sedang dikesan Polis Daerah Kuala Muda, Kedah bagi membantu siasatan kes dadah.

Wanita berusia 40 tahun itu merupakan saksi bagi kes di bawah Seksyen 39 B, Akta Dadah Berbahaya 1952.

Alamat terakhirnya di No 404, Blok C9, Seksyen 10, Wangsa Maju, Setapak, Kuala Lumpur.
 
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Siti Hajar Lydia diminta menghubungi Inspektor Mohamad Nishamasraaf Mohd Yusoff menerusi talian 04-4299222 sambungan 2123 dan 011-39944570," katanya dalam kenyataan.
 
Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi mana-mana balai polis berdekatan.

(Siaran media Polis Daerah Kuala Muda)

Media Baharu