fb fb fb fb fb

Integrasi sistem pembayaran pembiayaan perumahan libat LPPSA, KWAP DAN JPA

KUALA LUMPUR, 21 Jun- Urusan pembayaran pembiayaan perumahan kakitangan awam bakal dipermudah menerusi pengintegrasian sistem tiga agensi utama.

Ia dijangka memanfaatkan 80,000 pesara dan 575,000 bakal pesara kerajaan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pengintegrasian membabitkan pembiayaan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) .

"Angka daripada LPPSA. Mereka mengurus 750,000 pinjaman perumahan dalam fail mereka. Bayangkan kalau fail itu tidak digital, tidak efisien, sistem integrasi. 750,000 pinjaman perumahan penjawat awam itu termasuk tentera," katanya kepada pemberita di sini.

Integrasi sistem tersebut bakal mentransformasi sistem manual yang digunakan sebelum ini kepada data yang lebih tepat dan sama antara agensi.

Tambah beliau, ia turut meningkatkan kecekapan bayaran balik pembiayaan perumahan melalui potongan pencen kepada LPPSA.

(Ahmad Maslan)

Media Baharu