KUALA LUMPUR, 21 Jun- Kerajaan akan terus memperkukuh jaringan perniagaan antara Malaysia dan Republik Turkiye selain mengalu-alukan syarikat dari negara berkenaan untuk meneroka pelbagai peluang perdagangan di negara ini.
Menerusi catatan di Facebook Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah "menghadiri Majlis Makan Malam dan Dialog anjuran Independent Industrialists and Businessmen’s Association (MUSIAD)."
Ia sempena misi perdagangan yang terdiri daripada 41 syarikat dari Turkiye.
Beliau berkata, Turkiye kekal menjadi satu daripada rakan dagangan penting Malaysia di rantau Asia Barat.
Sehingga kini, enam projek pembuatan dengan pelaburan republik itu telah dilaksanakan di negara ini melibatkan jumlah pelaburan bernilai RM429.2 juta.
(Foto FB Anwar Ibrahim)