fb fb fb fb fb

Kerajaan beri kelonggaran urusan bagi percepat projek prasarana

KUALA LUMPUR, 21 Jun- Kerajaan bersetuju memberi kelonggaran dalam urusan perolehan kerja di bawah Arahan Perbendaharaan (AP) 182.

Perkara itu selari komitmen dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerusi Belanjawan 2023 untuk mempercepat pelaksanaan projek prasarana rakyat khususnya projek sekolah dan klinik daif.

Kementerian Kewangan menerusi kenyataan memaklumkan, "pengecualian itu melibatkan semua kementerian serta agensi pelaksana sehingga di peringkat negeri dan daerah.

"Ia melibatkan perolehan projek penyelenggaraan dan pembaikan kecil dengan had nilai sehingga RM1 juta."

Kelonggaran kaedah perolehan turut diberikan dengan had nilai sebut harga perolehan kerja ditingkatkan kepada RM1 juta berbanding RM500,000 sebelum ini.

Had Perolehan secara cabut undi turut ditingkatkan kepada RM200,00 berbanding RM100,000 sebelumnya.

Bagaimanapun, penglibatan kontraktor kecil pelbagai kelas juga digalakkan, menerusi kemudahan permbiayaan secara "financial close" bagi memastikan kontraktor tiada masalah aliran tunai dan kerja siap mengikut jadual.

(Foto hiasan)

Media Baharu