fb fb fb fb fb

Sistem tergendala: Buku manual rekod pembelian RON95

Foto BERNAMA

KOTA BELUD, 7 Oktober - Semua stesen minyak diwajibkan membuka buku manual bagi merekodkan pembelian minyak subsidi RON95, sekiranya sistem pengesahan tergendala.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, pengguna turut perlu dimaklumkan mengenai gangguan sistem bagi mengelak kekeliruan serta ketidakadilan.

"Apabila sistem tergendala, mereka perlu memaklumkan kepada pengguna dan membuka buka manual untuk mencatatkan pembelian tanpa subsidi. Pengguna juga layak membuat penembusan semula dengan pihak stesen minyak mengenal pasti mereka yang layak selepas sistem kembali beroperasi," katanya di Pulau Mantanani, di sini.

Pengguna turut dinasihat untuk membuat laporan kepada KPDN sekiranya terdapat stesen minyak yang enggan membuka buku manual dan gagal memberi penjelasan, ketika sistem tergendala.

Baru-baru ini, KPDN menerima beberapa aduan berhubung sistem tergendala di beberapa stesen minyak.

Bagaimanapun kes berkenaan disifatkan terpencil kerana hanya melibatkan beberapa stesen tertentu.

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN