fb fb fb fb fb

Sistem tebatan banjir, Belanda akan bantu Malaysia

Foto Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 1 November- Belanda bersetuju membantu Malaysia dalam sistem tebatan banjir melalui penghantaran kepakaran.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Belanda adalah negara yang penuh dengan sistem perairan dan perparitan yang paling canggih di dunia dan negara memerlukan keupayaannya untuk memberi pandangan.

"Saya percaya dengan kehadiran pakar itu dapat mengawal sebahagian masalah banjir yang melanda Malaysia.

"Saya juga terangkan kepada Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte mengenai belanja, umpamanya mutakhir ini keseluruhan (kos pengurusan) masalah banjir mencecah RM15 bilion. Rutte memberitahu dengan kepakaran dan teknologi baharu, mungkin tidak perlu kos tinggi.

"Saya meminta Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk mengambil tindakan lanjut berhubung kerjasama itu termasuk menyegerakan proses ketibaan pasukan pakar berkenaan ke Malaysia.

"Kerajaan akan menyegerakan tindakan supaya ada pasukan membantu negara dalam bidang ini," kata Anwar ketika mengadakan pertemuan empat mata selama sejam bersama Rutte di Kompleks Sri Perdana di sini.

Walaupun Rutte menyatakan dalam pengurusan air bersih dan juga pengalaman Malaysia agak tinggi dan dihormati, namun daripada segi langkah tebatan banjir, Anwar berkata tentunya dunia mengiktiraf kekuatan Belanda.

Artikel Berkaitan:
Konflik Palestin, Belanda hormati pendirian Malaysia - Anwar
Anwar bertemu PM Belanda, bincang hubungan dua hala

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM