fb fb fb fb fb

Harga petrol dan diesel kekal hingga 8 November

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 1 November - Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan bahawa harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 and RM2.15 seliter bagi tempoh 2 hingga 8 November ini.

Harga itu berasaskan kepada harga runcit mingguan produk petroleum mengikut Mekanisme Harga Automatik (APM).

"Bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak global, kerajaan akan mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran kedua-dua produk itu meningkat melebihi harga siling semasa," katanya menerusi satu kenyataan.

Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terpelihara.

TETITIA YUSOFF