fb fb fb fb fb

FINAS kumpul maklum balas pemain industri, rangka strategi majukan industri filem tempatan

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib

KUALA LUMPUR, 1 November- Maklum balas serta input daripada persatuan industri filem, industri kreatif serta agensi akan dikumpul bagi mengenal pasti langkah yang perlu dirangka ke arah terus memajukan industri perfileman tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia ( FINAS), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata, ini penting dalam memastikan filem Malaysia mampu menarik lebih ramai penggemar daripada pelbagai latar belakang.

"Kerana orang industri inilah, mereka tahu apa yang berlaku dalam industri terutama apa yang berlaku di lapangan. Bagi saya, untuk kita lihat bagaimana hendak merancang, salah satu perkara yang kita perlu ada ialah data dan daripada data tersebut kita perlu analisa, kita perlu tahu apakah perkara-perkara yang perlu diperbaiki.

Datuk Azmir optimis, aspek kualiti dan kandungan dapat memacu industri filem Malaysia ke tahap yang lebih tinggi di peringkat serantau dan global.

"Peningkatan kualiti filem dan kandungan itu amat penting terutama apabila kandungan itu ada kualiti, kita boleh jadikan industri ini sebagai satu industri yang boleh menjana ekonomi kepada negara", katanya ketika ditemui RTM.

Datuk Azmir 48 tahun, memulakan tugas rasminya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif FINAS hari ini.

ROSLINA BINTI DIN