fb fb fb fb fb

Sistem subsidi bersasar bermula tahun hadapan

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 10 Oktober - Kerajaan akan memperkenalkan sistem subsidi bersasar pada 2024 bagi membantu meringankan beban fiskal kerajaan dan mengurangkan kemiskinan serta ketidakseimbangan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli ,berkata pihaknya telah melakukan kajian dalam menyediakan model dan pilihan yang boleh dilaksana.

"Mengimbangi dari segi matlamat bagi mengukuhkan kedudukan fisikal.Tetapi pada masa sama bentuk dan berapa banyak yang perlu diberikan kepada kumpulan yang akan ada kesan paling besar dari segi mengurangkan kemiskinan dan beban.

"Selain itu, kita perlu memastikan seberapa banyak kumpulan yang layak dapat. Sememangnya kita mempunyai model-model berkenaan", katanya yang ditemui pada majlis pelancaran Laporan 'Malaysia Economic Monitor: Raising the Tide, Ligting All Boats' anjuran Bank Dunia  di sini.


(Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli/FOTO RTM)

Media Baharu