fb fb fb fb fb

Lawatan PM ke UAE raih manfaat besar

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 11 Oktober- Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Khamis dan Jumaat lepas berjaya meraih manfaat besar.

Ia terutama dalam aspek pelaburan dari negara teluk itu dengan menjana pelaburan komited berjumlah RM40.6 bilion atau (US$8.6 bilion) dalam sektor seperti tenaga boleh diperbaharui, aeroangkasa dan logistik.

Perkara itu dimaklumkan Datuk Seri Anwar menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Jelasnya, selaku Perdana Menteri, beliau sentiasa konsisten memberikan jaminan bahawa Malaysia komited memajukan tenaga boleh diperbaharui selain mahu memudahkan urusan perniagaan dengan 'Negara Teluk' berkenaan.

"Itu yang dizahirkan tatkala mengadakan pertemuan dengan Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan yang juga Pemerintah Abu Dhabi selain bertemu beberapa menteri kanan yang terlibat dalam hal ehwal ekonomi, perdagangan dan pelaburan, pemegang taruh dana kekayaan berdaulat UAE, Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) dan syarikat-syarikat perniagaan terbesar di UAE".

Tambahnya, beliau yakin perencanaan yang telah disusun serta dirangka itu mampu menjadikan Malaysia sebagai antara hab terpenting bagi sektor tenaga boleh diperbaharui.



(FOTO RTM)

Media Baharu