AYER MOLEK, 25 Januari - Sistem pendawaian elektrik di Negeri Sembilan dan Melaka ditambah baik.
Bagi tujuan itu Pengarah Pejabat Kawasan ST Negeri Sembilan dan Melaka Nur Ali Za Omar berkata, Suruhanjaya Tenaga (ST) memperuntukan RM30,000 untuk memeriksa dan menambah baik sistem pendawaian sedia ada.
"Lanjutan daripada itu kita ambil inisiatif dengan mengadakan program kempen keselamatan dan kempen touchpoint seperti ini, dimana kita membetulkan pendawaian-pendawaian yang rosak dan tidak selamat untuk mengelakkan kemalangan elektrik, kebakaran atau membabitkan nyawa orang ramai," kata Nur Ali Za selepas hadir Majlis Penghargaan Program Touchpoint ST Surau Kyai Hj Husin di Kampung Batu Puteh Paya Dalam.
Majlis dirasmikan ADUN Kawasan Ayer Molek Datuk Rahmad Mariman.
Dalam pada itu Nur Ali Za berkata, tahun lalu terdapat lima kes kemalangan membabitkan pendawaian elektrik dengan dua kes kematian.