fb fb fb fb fb

Sistem ladang kontrak, bantu orang ramai peroleh barangan mentah dengan harga murah

JELEBU, 28 Mac- Sistem ladang kontrak yang dijalankan oleh koperasi antara usaha yang boleh dilaksana untuk membantu orang ramai memperoleh barangan mentah seperti ayam dan telur dengan harga lebih rendah.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar menerusi ladang kontrak, pihak koperasi boleh menyediakan ruang pasaran mereka sendiri serta pusat pengumpulan hasil ternakan.

Beliau memberi contoh ada koperasi yang menjalankan penternakan ayam dan mempunyai 50,000 ekor ayam, mereka telah berjaya mewujudkan sistem ladang kontrak dan boleh menjual ayam pada harga RM5 seekor.

"Minta koperasi untuk beri bantu koperasi yang terlibat dalam kegiatan penternakan ayam, lembu, kambing dan kerana itu kita sedang berusaha tubuhkan pasaran kita sendiri iaitu kita akan wujudkan satu pusat pengumpulan nak buat 'farming' dengan koperasi jalankan aktiviti ternakan untuk ternak ayam," kata beliau ditemui pada Program Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia di sini.


(Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar ditemui media ketika 
Program Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia di Jelebu/FB MENTERI)

Turut diadakan Program Jualan Harga Patut Keluarga Malaysia yang menawarkan barangan asas pada harga berpatutan kepada penduduk sekitar sebagai persediaan menyambut Ramadan.

Media Baharu