fb fb fb fb fb

Sistem e-Wages, perlu penelitian menyeluruh sebelum dilaksana - Mustapha

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 10 Oktober- Kementerian Sumber Manusia (KSM) belum bersedia untuk melaksanakan sistem e-Wages ketika ini.

Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud, pelaksanaannya perlu diteliti bersama pihak berkepentingan demi memastikan tiada implikasi negatif terhadap pekerja.

Tambahnya, perbincangan bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Kewangan akan diadakan bagi memperhalusi pelaksanaan e-Wages.

"Untuk makluman, berdasarkan perkembangan teknologi digital seperti 'block chain' dan pelbagai sistem lain. Maka, cadangan pelaksanaan e-Wages perlu diperhalusi dan dibincangkan semula pihak berkepentingan seperti KDN dan Kementerian Kewangan.

"Sehubungan itu, KSM memerlukan masa untuk membuat penelitian dan perbincangan lanjut dengan pihak-pihak berkaitan termasuk pihak Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung pelaksanaan sistem e-Wages," kata Mustapha di Parlimen, hari ini.

Pernyataan itu bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M. Saravanan berhubung status pelaksanaan sistem e-Wages selepas ia ditangguhkan sebelum ini.


(FOTO BERNAMA)

Sementara itu, tenaga kerja tempatan diyakini mampu mengisi keperluan sektor perindustrian baharu.

Itu termasuk dalam sektor kenderaan elektrik (EV), hidrogen dan nadi bumi yang semakin berkembang ketika ini.

Mustapha Sakmud berkata usaha berkenaan selaras Dasar TVET negara yang terus diperkasa demi menyediakan laluan pendidikan dan kerjaya kepada bakat tempatan.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri mengenai bidang pekerjaan baharu yang bakal mendapat permintaan tinggi daripada majikan selari dengan pendidikan ketika ini.

Media Baharu