fb fb fb fb fb

Sindiket seludup rokok, mercun dan minuman keras, tumpas

(Barangan yang dirampas JKDM Pulau Pinang)

BUTTERWORTH, 21 Oktober- 13.58 juta batang rokok, 21,000 minuman keras dan 280 paket mercun berjaya dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam serbuan ke atas sebuah lori dan gudang di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang pada pukul 6.30 petang.

Risikan dan serbuah serbuan dilakukan unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan dan Cawangan Siasatan Khas Zon Utara.

Cukai bagi ketiga–tiga barangan itu dianggarkan sekitar RM9.33 juta.

Menurut Pengarah Kastam Negeri Pulau Pinang, Hamisan Kalip berkata, "berurusan dengan barang-barang tidak berkastam boleh dikenakan denda tidak kurang dari sepuluh kali nilai barangan atau RM100,000, yang mana lebih besar dan tidak lebih 20 kali nilai barang atau RM500,000 yang mana lebih besar atau dipenjarakan tidak kurang dari enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali."

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang.

(Hamisan Kalip pada sidang akhbar JKDM Pulau Pinang)

Semasa serbuan, lima lelaki warga tempatan yang berumur lingkungan 35 hingga 46 tahun turut ditahan ketika memunggah dagangan daripada kontena.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976 manakala kelima-lima lelaki yang ditahan itu telah dituduh di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam.

Hamisan Kalip menasihatkan orang ramai supaya tampil membantu untuk membanteras penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain aktiviti yang membawa padah.

Modus operandi kumpulan itu adalah dengan memalsukan dokumen kastam bagi mengeluarkan kontena yang tidak diikrar.

Media Baharu