BEDONG, 7 Mac - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah, berjaya banteras sindiket penyelewengan subsidi minyak di sebuah stor yang terletak di kawasan ladang sawit, di sini, semalam.
Sebanyak 12,000 liter diesel termasuk peralatan mengepam dan tangki minyak dirampas, dengan anggaran rampasan bernilai RM36,000.
Pengarahnya, Affendi Rajini Kanth berkata menerusi Ops Tiris itu dua tangki berisi minyak diesel dan empat unit hos paip untuk tujuan penyelewengan ditemui.
Penguat kuasa KPDN seterusnya bertindak menyita barang-barang dan kes dijalankan bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Seksyen 20 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana menyimpan barang kawalan iaitu minyak diesel di tempat yang tidak mendapat kebenaran pengawal.
(Foto menunjukkan tangki minyak yang dirampas)
Amaran keras turut diberi dan KPDN menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam sindiket dan aktiviti penyelewengan barang-barang kawalan ini.
Tindakan tegas akan diambil termasuk mendakwa mereka di mahkamah berdasarkan peruntukan undang-undang bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan.