(Foto Hiasan)
BANGI, 7 Mac- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil inisiatif dengan menyelaras serta memperkasakan kaedah rawatan dan pemulihan penyalahgunaan dadah berasaskan Islam selepas melihat adanya peningkatan statistik penyalahgunaan dadah yang ketara di dalam negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, simposium ini bertepatan dengan Pelan Transformasi Al-Falah yang telah diperkenalkan dan merupakan satu platform perkongsian maklumat dalam memperkasa kaedah pemulihan dan rawatan dadah.
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar)
"Kita berusaha walaupun jumlah mereka yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah agak ramai, ratusan ribu tetapi kita tidak boleh berhenti untuk berusaha dan simposium yang adakan pada hari ini oleh JAKIM dengan rakan-rakan strategik yang lain tidak lain tidak bukan ialah untuk kita berusaha untuk memastikan bagaimana supaya anak bangsa kita, sebab yang ramai ini hampir 70 peratus ialah dikalangan orang-orang melayu kita.
"Jadi sudah tentu kita kena terus berusaha-berusaha dan membuat pelbagai acara untuk memastikan mereka mereka yang terlibat ini dapat diselamatkan," katanya selepas merasmikan Simposium Amalan Terbaik Perawatan Pusat Pemulihan Dadah Persendirian di Bangi, Selangor.
Seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada wakil Jabatan, Agensi, NGO, serta pusat-pusat rawatan dan pemulihan dadah persendirian mengambil bahagian dalam symposium tersebut.
Berdasarkan statistik daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan, seramai 94,000 orang daripada 123,000 orang yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah telah mengikuti program rawatan dan pemulihan dadah sedia ada.