fb fb fb fb fb

Keadaan banjir di Batu Pahat masih membimbangkan

BATU PAHAT, 7 Mac - Situasi banjir di Johor terutama di Batu Pahat masih membimbangkan.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata ini berikutan pergerakan air dari kawasan tinggi yang dijangka melimpah di kawasan rendah.

Polis telah meningkatkan amaran kepada penduduk terjejas banjir untuk bersiap siaga berikutan fenomena banjir termenung yang dijangka berlaku terutama di lokasi rendah.

Amaran waspada ditingkatkan meskipun keadaan cuaca di beberapa kawasan baik sejak semalam.

Sementara itu, katanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyediakan tiga buah helikopter bagi memperkasa operasi menyelamat.

(FOTO FAIL)

Batu pahat kekal menjadi daerah paling terjejas dengan lebih 23,000 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) setakat ini.

Media Baharu