KUALA LUMPUR, 7 Mac- Sasaran mencapai 10,000 peserta wanita dalam Program Keusahawanan Wanita Bangkit, giat dilaksanakan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata pihaknya akan berusaha membantu golongan wanita dari aspek kewangan.
"Saya tidak akan berhenti sehingga kami mencapai sasaran 10,000. Kami mahu membantu usahawan wanita.
"Kami juga membantu dengan pemberian insentif kepada usahawan wanita yang memulakan perniagaan daripada rumah seperti di bawah Yayasan Kebajikan Negara," katanya.
(Datuk Seri Nancy Shukri)
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Sidang Kemuncak Serantau Akademi Usahawan Wanita (AWE) di Gardens Hotel, di sini hari ini.
Sidang bersempena Hari Wanita Antarabangsa itu, menghimpunkan hampir 200 usahawan wanita daripada pelbagai negara antaranya Brunei, New Zealand, Filipina, Singapura, Taiwan dan Thailand.
Program bertujuan memupuk rangkaian lebih erat dalam kalangan peniaga wanita di seluruh rantau Indo-Pasifik.
Sidang selama 3 hari itu akan membantu memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran perniagaan dengan menggunakan kepakaran serta teknologi perniagaan Amerika Syarikat.