fb fb fb fb fb

Sindiket nikah Thailand, orang ramai jangan mudah terjerat

KUALA LUMPUR, 4 April - Pihak berkuasa agama negeri digesa mengambil tindakan sewajarnya bagi membanteras kegiatan sindiket nikah di Thailand yang mula ditawarkan setelah sempadan dibuka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad menasihati orang ramai, supaya tidak mudah terjerat dengan kegiatan sindiket pernikahan yang dibimbangi akan memberi implikasi jangka panjang bukan sahaja kepada pasangan tetapi anak-anak.

"Ini adalah bidang kuasa pihak Kerajaan Negeri atau pihak berkuasa Agama Negeri yang ada undang-undang tersendiri. Ada sesetengah negeri memberi kelonggaran, sesetengahnya pula ada yang ambil tindakan. Kita harapkan pihak berkuasa Agama Negeri akan ambil tindakan," menurut Idris.

(Idris mengulas laporan akhbar tempatan yang melaporkan
terdapat sindiket nikah di Thailand)

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan Dana Wakaf Al-Ikhlas Bank Simpanan Nasional (BSN) membabitkan kerjasama antara Permodalan BSN Berhad dan Yayasan Waqaf Malaysia di sini.

Beliau mengulas laporan akhbar tempatan yang melaporkan terdapat sindiket nikah di Thailand yang mula menawarkan semula 'pakej VIP' dengan caj sehingga 50 ribu ringgit kepada pasangan Malaysia yang ingin berpoligami.

Katanya, mereka perlu mengikuti prosedur undang-undang negeri masing-masing, bukannya mengambil langkah mudah dengan berkahwin di Thailand.

Media Baharu