fb fb fb fb fb

PM berjaya bawa negara kefasa kestabilan

KUALA LUMPUR, 4 April - Peralihan kefasa endemik ketika ini menyaksikan rakyat semakin bebas daripada sekatan seterusnya kembali menikmati kehidupan normal.

Kejayaan ini dicapai hasil kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang berjaya membawa negara kefasa kestabilan.

"Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah dapat mewujudkan kestabilan politik dengan adanya Memorandum Persefahaman (MoU) dengan pihak pembangkang. Ini adalah penting kerana dalam menangani atau kita melawan pandemik COVID-19 ini, kita memerlukan penglibatan secara bersama daripada semua pihak iaitu kerajaan, pembangkang dan rakyat," menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Epidemiologis, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar.

Berkongsi pandangan sama, Penganalisis Ekonomi, Profesor Madya Dr. Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali.


(Nuradli mengulas mengenai  negara kefasa kestabilan )

"Ia juga perlu dilihat dalam konteks ini adalah dalam segi teknologinya dan juga segi persekitarannya. Dan apabila kita mempunyai politik yang baik dan ekonomi yang baik ini akan dibantu oleh struktur undang-undang dan peraturan yang bai. Maka kita boleh yakin bahawa perniagaan dengan mudahnya dapat dilakukan juga ekonomi boleh dipacu dengan sangat baik pada masa akan datang," kata Nuradli.

Sebelum ini beberapa sektor ekonomi terpaksa menghadkan operasi susula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Namun, kerjasama rakyat dalam mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sekali gus menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan membolehkan negara menuju kefasa endemik.

Media Baharu