fb fb fb fb fb

Aplikasi MyPesara, mudahkan urusan berkaitan pasca persaraan

KUALA LUMPUR, 4 April- Pesara kerajaan digesa memanfaatkan aplikasi MyPesara untuk memudahkan sebarang urusan berkaitan pasca persaraan.

Aplikasi itu dibangunkan oleh Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) KWAP dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dimana aplikasi tersebut mengandungi maklumat antaranya jadual pembayaran pencen dan penyata pencen.

Jelas Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, Nik Amlizan Mohamed aplikasi tersebut berjaya mengurangkan urusan fizikal di kaunter khidmat pelanggan sepanjang tempoh pandemik.

"Persoalan persaraan boleh didapati secara mudah melalui aplikasi MyPesara. Beberapa klik butang sahaja mereka dah dapat jawapan tanpa perlu susahkan diri buat panggilan atau ke kaunter. Dalam aplikasi juga ada kalendar tarikh pembayaran pencen jadi tak perlu tunggu, tarikh itu dah sedia ada," kata Nik Amlizan dalam rancangan Biz Malaysia hari ini.


(Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, Nik Amlizan Mohamed ditemu bual pengacara Biz Malaysia hari ini)

Sejak diperkenal pada 2017, aplikasi MyPesara merekodkan lebih 170,000 muat turun dengan purata penarafan 4.6 daripada pengguna.

Media Baharu