fb fb fb fb fb

Sijil vaksinasi bagi Malaysia - Vietnam diiktiraf secara timbal balas

HANOI, 22 Mac - Malaysia dan Vietnam bersetuju untuk mengiktiraf sijil vaksinasi masing-masing secara timbal balas.

Ini selepas mengambil kira bahawa negara itu turut menggunakan jenis-jenis vaksin yang diluluskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bagi memudahkan perjalanan rakyat kedua-dua negara pada masa akan datang.

Ia turut meningkatkan aktiviti pelancongan dalam kerjasama pasca pandemik COVID-19 kedua-dua negara.

Ismail memaklumkan Vietnam membuka sempadan antarabangsanya pada 15 Mac lepas, manakala Malaysia juga telah membuat keputusan untuk membuka sempadannya kepada kunjungan pelawat antarabangsa bermula 1 April ini.

(Perdana Menteri bercakap kepada kumpulan media Malaysia selepas
mengakhiri lawatan rasmi dua hari di Vietnam)

Beliau berkata dalam lawatan rasminya ke Vietnam, beliau turut mengutarakan beberapa inisiatif kerjasama baharu, disamping meningkatkan kerjasama sedia ada ketahap yang lebih tinggi.

“Pertamanya mengenai pengiktirafan sijil vaksinasi COVID-19 secara timbal balas. Vietnam telah pun mengiktiraf sijil vaksinasi Malaysia sebelum ini (Ogos 2021), dan semasa pertemuan saya dengan Perdana Menteri Vietnam (Pham Minh Chinh) saya memaklumkan bahawa Malaysia bersetuju untuk mengiktiraf sijil vaksinasi Vietnam,” katanya.

Beliau juga mencadangkan supaya kedua-dua negara memuktamadkan proses integrasi aplikasi MySejahtera Malaysia dengan PC COVID Vietnam.

Dalam pada itu berhubung konflik Rusia - Ukraine , Ismail berkata Malaysia dan Vietnam turut menyatakan pendirian bersama.

Meskipun mengambil sikap berkecuali, namun Kuala Lumpur - Hanoi tidak bersetuju sama sekali pencerobohan sebuah negara ke atas negara lain.

"Sebagai sebuah negara ASEAN kita mesti kekal berkecuali dan kekal tidak memihak kepada mana-mana negara. Bagaimanapun Malaysia tegas tidak akan berkompromi dari segi pencerobohan ke negara lain. Kita tahu bahawa isu yang berlaku dapat diselesaikan dimeja rundingan," katanya.

 

Media Baharu