BESERI, 26 Julai -Seramai 160 klien yang sedang mengikuti Program Rawatan dan Pemulihan Dalam Institusi (RPDI) telah menyertai Program Sihat Cergas sebagai sebahagian daripada usaha memastikan mereka kekal sihat dan aktif sepanjang tempoh pemulihan.
Menurut Pengerusi Kebajikan Joggers Perlis Hashimah Ismail, dengan mengamalkan gaya hidup sihat daripada segi fizikal dan mental, memberi keyakinan kepada klien untuk berinteraksi secara positif dan mewujudkan kerjasama serta sifat tolong-menolong.
'' Program dilaksanakan secara berkala dengan turut melibatkan sokongan daripada pelbagai agensi dan komuniti setempat. '' beliau memaklumkannya pada Program Sihat Cergas di Taman Rekreasi Tasik Melati dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Perlis.
Program dilaksanakan secara berkala dengan turut melibatkan sokongan daripada pelbagai agensi dan komuniti setempat.
Sukan dan rekreasi adalah salah satu terapi kepulihan yang ada dalam Model i-Pulih AADK dan dilaksanakan kepada klien yang sedang mengikuti RPDI.