fb fb fb fb fb

Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China cetus era baharu kerjasama serantau

KUALA LUMPUR, 27 Mei-Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China yang berlangsung buat julung kali di ibu negara mencatat detik bersejarah dalam memperkukuh kerjasama strategik antara tiga rantau utama dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sidang kemuncak berkenaan berjaya menghimpunkan tiga kuasa dinamik yang bukan sahaja berkongsi kejayaan luar biasa, malah turut mempunyai tamadun dan budaya yang kaya serta aspirasi bersama untuk masa depan lebih baik.

"Hubungan antara kami adalah mendalam dan berkekalan. Dari Laluan Sutera purba kepada rangkaian maritim Asia Tenggara yang bertenaga hingga moden koridor perdagangan, rakyat kita telah lama berhubung perdagangan, budaya, dan perkongsian idea", katanya demikian dalam ucapan perasmian Sidang Kemuncak ASEAN, GCC dan China di sini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut memuji pendekatan China dalam membasmi kemiskinan, serta pencapaian negara itu dalam sektor ekonomi, pendigitalan dan kecerdasan buatan (AI) yang disifatkan sebagai luar biasa dan mengagumkan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD