fb fb fb fb fb

Sidang Kemuncak ASEAN: CPR pergiat perbincangan, persiapan dokumen

Perwakilan Tetap Malaysia ke ASEAN, Datin Sarah Nava Rani Al Bakri Devadason

KUALA LUMPUR, 23 Oktober- Mesyuarat Jawatankuasa Perwakilan Tetap ke ASEAN (CPR) giat dijalankan dengan tumpuan kepada perbincangan bersama negara rakan dialog dan persiapan hasil dokumen Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS).

Menurut Perwakilan Tetap Malaysia ke ASEAN, Datin Sarah Nava Rani Al Bakri Devadason, mesyuarat itu merupakan sebahagian daripada proses penyelarasan antara negara anggota dan rakan dialog.

Mesyuarat tersebut bagi memastikan semua draf hasil dokumen mencerminkan pandangan bersama negara anggota serta kesepakatan dengan rakan dialog ASEAN.

"Hubungan luar serta penyediaan dokumen hasil melibatkan negara seperti New Zealand, Rusia dan Amerika Syarikat merupakan antara perkara yang dibentangkan dalam kemas kini mesyuarat berkala kami."

"Perbincangan ini turut merangkumi perkembangan rundingan oleh Wakil Tetap ASEAN (PR) di Jakarta serta kesinambungan pelaksanaan tugasan di bawah kepengerusian semasa," kata Datin Sarah Al Bakri selepas sesi mesyuarat tersebut.

Penganjuran mesyuarat berkenaan menandakan komitmen Malaysia dalam memastikan setiap keputusan dan dokumen yang dibentangkan semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 mencerminkan keutamaan serantau.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM