fb fb fb fb fb

Kawalan penggunaan media sosial, usaha kolektif mampu bentuk sahsiah murid

Young Syefura Othman

KUALA LUMPUR, 23 Oktober - Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menegaskan kepentingan usaha kolektif dalam memperkukuh keselamatan pelajar di sekolah melalui kawalan penggunaan media sosial dan pembentukan sahsiah murid secara holistik.

Beliau berkata, peningkatan laporan dalam kes buli menunjukkan lebih ramai mangsa berani tampil membuat laporan dan kesedaran masyarakat semakin tinggi.

"Angka ini membuktikan kes buli tidak lagi boleh disenyapkan. Ia satu tanda positif bahawa masyarakat semakin berani bersuara dan tidak takut membuat laporan," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau turut mendokong sepenuhnya saranan kerajaan untuk mengehadkan penggunaan media sosial.

"Disebabkan itu saya mendokong sepenuhnya saranan kerajaan untuk mengehadkan penggunaan media sosial kepada merekabawah 16 tahun.

"Mereka ini bukan sekadar belajar daripada guru-guru ibu bapa dan rakan sebaya. Akan tetapi mereka juga turut terdedah kepada bahana internet dan sosial media lebih-lebih lagi di usia yang sangat awal," katanya lagi.

Pada masa sama beliau menyambut baik peruntukan RM66.2 bilion bagi sektor pendidikan dalam Belanjawan 2026 dan berharap penekanan diberikan kepada pembinaan karakter, jati diri dan kesejahteraan mental pelajar.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI