fb fb fb fb fb

Sidang Belia Wilayah Persekutuan, 12 usul diluluskan

Foto FB Dr Zaliha Mustafa

KUALA LUMPUR, 16 Julai- Sebanyak 15 usul berkaitan belia dibentangkan pada Sidang Belia Wilayah Persekutuan (SBWP).

Namun, hanya 12 usul yang telah diluluskan selepas tiga hari perbahasan.

Perbahasan SBWP merangkumi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) merangkap Penaung SBWP, Dr Zaliha Mustafa berkata antara isu yang dibangkitkan adalah ekonomi, pendidikan, dan hala tuju Wilayah Persekutuan sebagai sebuah bandar yang pintar, hijau dan mampan.

"Kita teliti segala cadangan dan permintaan mereka supaya kita dapat menggabungkan mungkin dalam dasar-dasar yang akan kita bangunkan di Wilayah Persekutuan ini," katanya kepada pemberita di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM