SLIM RIVER, 15 Oktober - Polis Diraja Malaysia, (PDRM) memberi jaminan siasatan telus dan profesional berhubung kes jenayah dalam kawasan sekolah.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail turut memberi jaminan PDRM, sedia memikul tanggungjawab dan harapan masyarakat dalam memastikan persekitaran sekolah kekal selamat.
"Setiap kes jenayah termasuk yang melibatkan pelajar sekolah akan disiasat secara telus, profesional dan berlandaskan undang-undang bagi memastikan keadilan ditegakkan serta kebenaran dicapai," katanya.
Beliau berucap pada Majlis Penyerahan Projek Siap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim, Perak.
Dalam masa sama, beliau yakin kerjasama semua pihak, berupaya mengekalkan keamanan dan kestabilan negara.