KUALA LUMPUR, 15 Oktober - Kajian enam bulan, sedang dilaksana Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp), untuk menilai kesan pelaksanaan Pengaturan Kerja Fleksibel (FWA) kepada pasaran kerja tempatan.
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim memberitahu kajian dilaksana melibatkan tiga kawasan bandar utama, masing-masing Pulau Pinang, Lembah Klang dan Johor.
Hasil kajian yang disediakan berasaskan data mengenai FWA yang memberi kesan kepada produktiviti, keuntungan dan kesejahteraan pekerja di negara ini, dijangka siap menjelang akhir tahun ini.
Berucap pada Persidangan Life At Works Awards, LAWA 2025, beliau memaklumkan hampir sejuta pekerja telah menerima manfaat daripada pelaksanaan FWA.
Inisiatif ini merupakan sebahagian usaha kerajaan mewujudkan persekitaran kerja lebih progresif dan inklusif, dengan peranan utama TalentCorp dalam aspek advokasi dasar dan pelaksanaannya.