Inisiatif lebih RM42 juta untuk masyarakat India

KUALA LUMPUR, 15 Oktober – Sambutan Deepavali tahun ini memberi khabar gembira kepada masyarakat India menerusi pengumuman inisiatif mencecah lebih RM42 juta.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengumuman inisiatif melebihi RM42 juta untuk manfaat masyarakat India sempena Deepavali.
  • Program Kalvi Madani: kelas tuisyen percuma, pemberian komputer riba Peranti Siswa, penyelenggaraan sekolah melalui MITRA.
  • Peruntukan RM3.5 juta untuk Program Pembasmian Miskin Tegar MITRA membantu golongan berpendapatan rendah.
  • Permohonan dibuka 17 Oktober hingga 17 November melalui laman web rasmi MITRA untuk semua program.
  • Program Bantuan Awal Kemasukan IPT 5.0 menyediakan sokongan untuk pelajar B40 dan OKU.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Inisiatif Masyarakat India, Datuk Seri R. Ramanan memaklumkan antara inisiatif berkenaan ialah Program Kalvi Madani yang menyediakan kelas tuisyen percuma, pemberian komputer riba menerusi Peranti Siswa serta penyelenggaraan dan pembaikan sekolah menerusi Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).

Bagi membantu kumpulan berpendapatan rendah, sebanyak RM3.5 juta diperuntukkan melalui Program Pembasmian Miskin Tegar MITRA.

Semua permohonan perlu dikemukakan bermula 17 Oktober menerusi laman web rasmi web https://mitra.gov.my hingga 17 November ini.

“Kita mahu memastikan semua bantuan sampai terus kepada mereka yang layak tanpa sebarang ruang untuk manipulasi atau salah faham. Semua program ini dibina atas prinsip keterbukaan, supaya masyarakat India dapat menikmati hasil pembangunan secara saksama,” katanya.

Turut diumumkan, Program Bantuan Awal Kemasukan Institut Pengajian Tinggi 5.0 yang menawarkan bantuan bagi pelajar biasa dan orang kurang upaya (OKU) daripada keluarga B40.