fb fb fb fb fb

Siap siaga awal, elak tragedi ketika MTL - TPM Zahid

Monsun Timur Laut / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 22 November - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru rakyat, khususnya yang tinggal di kawasan berisiko banjir agar sentiasa peka terhadap amaran cuaca serta mematuhi arahan pihak berkuasa.

Beliau menegaskan, langkah kesiapsiagaan awal amat penting bagi melindungi keselamatan keluarga dan harta benda sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL).

“Kerajaan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), MET Malaysia serta semua agensi penyelamat akan memastikan tahap kesiapsiagaan berada pada tahap terbaik,” katanya.

MET Malaysia memaklumkan, MTL yang bermula pada 13 November lalu dan dijangka berterusan sehingga Mac 2026, akan membawa beberapa fasa hujan lebat yang berterusan di seluruh negara.

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN