fb fb fb fb fb

Siap sedia hadapi gelombang kedua banjir - PDRM

 

JEMPOL, 4 Januari - Persiapan rapi telah dilakukan bagi menghadapi gelombang kedua banjir di daerah Jempol, Negeri Sembilan.

Komander Operasi Bencana Daerah Jempol, Supritendan Hoo Chang Hook yang juga Ketua Polis Daerah itu berkata seramai 12 pegawai dan 56 anggota dalam keadaan bersiap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Mengulas mengenai penambahan sumber manusia dan aset, pihaknya turut mendapat bantuan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson dan Seremban.

"Begitu juga dengan yang lain, agensi lain, mereka juga boleh berikan aset yang seperti mana bot dan juga kenderaan pacuan empat roda dan sebagainya. Jadi, tiada masalah. ATM juga dapat gunakan, untuk keluarkan mangsa dan lain-lain. Jadi, setakat ini semua beri kerjasama, tiada masalah, saya puas hati", kata Chang Hook semasa ditemubual RTM, di sini.

Media Baharu