fb fb fb fb fb

JKR Melaka kenal pasti 27 "hotspot" kawasan banjir di jalan negeri dan jalan persekutuan

TAMING SARI, 4 Januari - Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka telah mengenal pasti 27 hotspot kawasan banjir di jalan negeri dan jalan persekutuan di negeri itu yang sering terjejas
sekiranya hujan lebat berterusan dalam tempoh lama.

Exco Kerja raya, Pengangkutan, Kemudahan awam, Infrastruktur dan Pengurusan banjir negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, beliau yakin masalah ini akan diselesaikan secara berperingkat dalam tempoh terdekat.

Katanya, antara 27 lokasi terbabit termasuklah di kawasan Lubok China dan Sungai Siput di daerah Alor Gajah dan beberapa kawasan di daerah Jasin dan Melaka Tengah.

“Saya tadi pun baru diberi taklimat oleh JKR dan kita punya bilik gerakan banjir bencana kita ada sebenarnya, JKR telah mengenal pasti jalan negeri dan jalan perseketuan terdapat 27 hotspot dan kita cuba meletakkan KPI supaya tahun ini sebahagian besar kita boleh selesaikan hotspot lain banjir yang di bawah tanggungjawab dan peranan JKR.  Insya-Allah kita akan cuba sebaik-baiknyanya”, kata Rahmad selepas menyempurnakan pelepasan Misi Bantuan Pascabanjir ke Lanchang, Temerloh, Pahang.

Dalam pada itu, Datuk rahmad berkata, Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas banjir di negeri ini dijangka dapat diselesaikan selewat-lewatnya hari ini.

Media Baharu