fb fb fb fb fb

RM5 juta untuk naik taraf ban sedia ada di Kampung Spang Loi, Segamat tangani bajir - PM

SEGAMAT, 4 Januari - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yakoob meluluskan peruntukkan RM5 juta untuk membina ban baharu di Segamat, Johor.

Ban itu akan dibina secepat mungkin bagi mengatasi masalah banjir yang sering berlaku di daerah tersebut dan dijangka boleh bertahan sehingga 20 tahun.

"Ada yang pecah, kita bukan ganti yang pecah, tapi kita buat seluruh ban, kerana saya dimaklumkan ban itu tidak cukup menahan air kalau air cepat melimpah, jadi kita naikkan ketinggian ban kita buat keseluruhan ban, kalau nak buat yang pecah tu hanya RM500,000 jadi tidak memadai hanya RM500,000 untuk jangka pendek", kata Ismail Sabri kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara Kampung Tandong, di Segamat.

Tambahnya, Jabatan Pengairan dan Saliran akan menyediakan pelan jangka panjang bagi mengatasi masalah banjir khususnya di daerah-daerah berisiko seluruh negara.

Jelas Perdana Menteri, isu banjir akan diselesaikan walaupun melibatkan peruntukkan kewangan yang besar.

 

Media Baharu