SABAK BERNAM, 4 Januari - Fenomena air pasang besar di Selangor yang kini memasuki hari kedua dilaporkan berada dalam keadaan terkawal.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pemantauan pagi ini di sekitar Klang dan Kuala Selangor mendapati tiada limpahan teruk.
"Paras air di Jeti Nelayan Kampung Tok Muda dan Jeti Nelayan Jalan Kunci Air Kapar mendapati kedudukannya di bawah lima meter.
Pemantauan dilakukan di Kunci air 10/77, Jalan Kunci Air, Kunci Air 11, Sayang D'sayang, Kunci Air 11A dan Kunci Air Sungai Keramat" , katanya dalam kenyataan
itu
Air pasang besar juga dilaporkan berlaku di tiga lokasi di Kuala Selangor iaitu Pantai Remis, Pantai Jeram dan Jeti Jambatan Kuala Selangor, bermula 6.50 pagi ini, namun keadaan terkawal.