KUCHING, 1 Julai- Sarawak Forestry Corporation (SFC) menangkap buaya dewasa dalam operasi pembersihan buaya di Sungai Paloh, di sini.
Dalam operasi yang bermula pagi tadi, sepasukan penguatkuasa hidupan liar SFC memasang jerat buaya.
Tinjauan RTM di sungai terbabit pagi tadi mendapati sejumlah ayam digunakan sebagai umpan bagi menangkap reptilia ganas itu.
Operasi itu akan diadakan selama dua minggu.
Buaya yang berjaya ditangkap akan dihantar ke ladang buaya atau santuari-santuari buaya.
Dalam kejadian pada Jumaat lalu, Jacob Tuan, 32 mati dibaham buaya semasa sedang memancing bersama bapa mentuanya di sungai terbabit.