fb fb fb fb fb

Setiausaha Perang AS tiba di Malaysia, hadiri ADMM-Plus

Foto MINDEF

SUBANG, 29 Oktober- Setiausaha Perang Amerika Syarikat (AS), Pete Hegseth selamat tiba di Malaysia pukul 9.00 malam tadi.

Ketibaan beliau disambut pegawai kanan Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Pangkalan Udara Subang.

Kunjungan beliau ke Malaysia bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN-Plus (ADMM-Plus) yang akan berlangsung Sabtu ini.

Hegseth turut dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di luar sesi ADMM-Plus.

Kehadiran beliau merupakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak dilantik sebagai Setiausaha Perang AS.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM