fb fb fb fb fb

Modul Mini Tahfiz Al-Falah, perkasa pendidikan Islam di sekolah rendah

Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar / BERNAMA

BANGI, 29 Oktober - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memperkenal Modul Mini Tahfiz Al-Falah bagi memperkasa pendidikan Islam berasaskan Al-Quran dan Al-Sunnah di sekolah rendah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar modul berkenaan juga merupakan inisiatif strategik memperkukuh ekosistem pendidikan Islam secara inklusif.

Ia selaras dengan Pelan Transformasi Al-Falah dan gagasan Malaysia MADANI.

"Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam rangka memutamadkan empat modul tahfiz yang akan di aplikasikan di seluruh negara.

"Mungkin modul mini tahfiz ini boleh digunakan untuk menggalakkan anak-anak di sekolah rendah menghafal Al-Quran," katanya.

Modul tersebut diperkemas berdasarkan silibus  merangkumi 41 surah dan tiga ayat pilihan, dengan pendekatan takrir, tasmi’, muraja’ah dan tahriri supaya hafazan lebih mantap serta dapat dihayati dalam kehidupan seharian.

MOHAMAD KHAIRIE KHALID