fb fb fb fb fb

Seruan kestabilan politik kerajaan perpaduan perlu diterjemah di peringkat negeri

KUALA LUMPUR, 8 Januari- Terdapat formula bagi menyelesaikan ketidaktentuan politik di Sabah ketika ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan, formula penyelesaian itu akan dibawa dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, dalam tempoh terdekat.

Beliau turut menyarankan ‘gencatan senjata’ perlu dibuat sebagai pendekatan segera agar kesejahteraan rakyat tidak terjejas.

"Saya fikir gencatan senjata mesti dilakukan sekarang dan tidak ada sebarang kenyataan daripada mana-mana pihak sekalipun yang menyentuh mengenai perkara itu.

"Yang penting rakyat jangan dibebani jika berlaku kerajaan tergantung atau masalah perundangan mengikut undang-undang tubuh kerajaan negeri atau perlembagaan negeri itu sendiri," katanya.

(Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi/Foto Bernama)

Beliau ditemui pemberita selepas melawat Wisma Berita di Angkasapuri Kota Media, di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional, turut menegaskan agar seruan kestabilan politik yang dibawa kerajaan perpaduan dapat diterjemahkan di peringkat negeri demi kepentingan semua pihak.

Media Baharu