KUALA LUMPUR, 12 November- Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (Serantau Muslim) menyokong penuh pendirian tegas yang disuarakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab dan Islam di Riyadh hari ini.
Setiausaha Serantau Muslim Muhammad Faeez Azahar berkata, ucapan berani itu mencerminkan ia suara Islam global yang terlalu lama menyaksikan kezaliman Israel terhadap Palestin.
Beliau juga menyatakan seruan Malaysia untuk mengenakan embargo senjata dan kemungkinan pengusiran Israel dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) adalah langkah yang perlu sokong semua pihak.
Selain itu juga Pertubuhan berkenaan turut menyeru masyarakat antarabangsa untuk mempertingkatkan usaha bantuan kemanusiaan ke Gaza, Mendesak hentian segera serangan ke atas Palestin dan mengukuhkan kerjasama antara negara-negara Islam.
Dalam kenyataan itu juga turut menyuarakan kebimbangan terhadap serangan Israel menyasarkan pasukan pengaman PBB di Lubnan.
Pasukan pengaman berkenaan terdiri daripada 50 negara termasuk Malaysia, sekali gus menyaksikan tindakan keganasan Israel itu tidak menghormati kedaulatan antarabangsa.