fb fb fb fb fb

Seorang nelayan lemas, seorang hilang di perairan Pontian

PONTIAN, 3 Jun- Seorang nelayan ditemui lemas, manakala seorang lagi masih hilang selepas keluar menangkap ikan di perairan Pontian, petang semalam.

Mayat seorang nelayan, Mohd Khalid, 60 tahun ditemui tengahari tadi di kedudukan 3.2 batu nautika Muara Sungai Pontian Besar, Johor, selepas dilaporkan hilang ketika menangkap ikan, petang semalam.

Namun seorang lagi mangsa, Abu Bakar Mohd, 56 tahun masih belum ditemui.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria dalam kenyataan media memberitahu, Operasi (OP) Carilamat bermula pada pukul 10.30 pagi pada Jumaat, selepas menerima laporan kehilangan kedua-dua mangsa.

Sektor pencarian seluas lima batu nautika dari Pulau Pisang dan sepanjang perairan Sanglang hingga Tampok, Pontian.

(Sektor pencarian seluas lima batu nautika dari Pulau Pisang)

Sebanyak tujuh aset daripada Zon Maritim Batu Pahat, Pasukan Polis Marin, Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam digerakkan di dalam OP Carilamat tersebut.

Operasi yang turut disertai nelayan tempatan akan bersambung semula pagi Sabtu.

Media Baharu