fb fb fb fb fb

Seorang maut, kemalangan bas di LPT2

DUNGUN, 19 Mei- Seorang maut serta sembilan penumpang cedera apabila sebuah bas persiaran terbabas di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2).

Kejadian dipercayai berlaku 5.00 pagi tadi antara Bukit Besi Dungun menuju ke Ajil di Hulu Terengganu.

Maklumat awal yang diterima daripada Pengurus Perniagaan Wilayah LPT2 TS Suhaimi Samat, 21 lagi penumpang terselamat.

Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.

Ts Suhaimi memaklumkan bas persiaran terbabit membawa 17 lelaki dan 14 penumpang wanita.

(Kemalangan di LPT2)

Media Baharu