fb fb fb fb fb

Seorang maut, empat cedera kemalangan di Cameron Highlands

(FOTO JBPM)

CAMERON HIGHLANDS, 17 Julai- Seorang maut dan empat lagi cedera termasuk dua kanak-kanak dalam satu kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Besar Ringlet, Cameron Highlands, petang semalam.

Dalam kejadian pada pukul 6.47 petang itu, mangsa yang maut adalah penumpang sebuah kereta jenis Proton Waja.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani memaklumkan, sejurus tiba di tempat kejadian Komander Operasi dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Ringlet, Mohd Nazri Shafie mengesahkan berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Proton Persona, Proton Waja dan sebuah motosikal.

Seramai lima anggota bomba dari BBP Ringlet mengeluarkan mangsa yang cedera dan diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dihantar ke hospital dengan ambulans.

Dalam laporan kejadian itu, seramai empat orang lelaki, seorang wanita serta masing-masing seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan turut cedera.

Mangsa yang maut kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.


(FOTO JBPM)

Media Baharu