fb fb fb fb fb

PRU DUN: Kekuatan akar umbi PH-BN mampu cipta kemenangan

(FOTO BERNAMA)

SEBERANG JAYA, 17 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan kekuatan akar umbi Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mampu mencipta kemenangan buat Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN ke-15), 12 Ogos depan.

Tambahnya, kedudukan kerajaan kukuh sekiranya kedua-dua jentera parti dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

" Insya-Allah, kali pertama dalam sejarah PH memerintah dan Bn sebagai pembangkang yang kuat di Pulau Pinang bergabung.

"Ramai kata sukar untuk bergabung. Tapi bila sebut prinsip mahu selamatkan negara, jaga tatakelola baharu dengan menghentikan amalan yang lama", katanya ketika berucap pada Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Pulau Pinang di Tapak Ekspo Seberang Jaya di sini, malam tadi.

Program itu dihadiri hampir keseluruhan pemimpin PH dan BN termasuk Pengerusi BN yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.


(Perdana Menteri, Datuk seri Anwar Ibrahim/FOTO BERNAMA)

Media Baharu